Makanan Lipas Dubia

Wajib baca!
Info asas tentang makanan lipas dubia untuk anda memahami secara lebih mendalam.

Makanan lipas dubia terbahagi kepada 2 iaitu kering dan basah. Diet bukan memberi makanan sahaja kepada lipas dubia anda, namun anda juga Gutload (isi perut) lipas dubia dengan makanan yang berkhasit untuk mereka.

Gutloading (isi perut) adalah satu proses pemindahan khasiat makanan dari lipas dubia kepada haiwan peliharaan anda. 

Pendek kata, penyediaan makanan yang lebih baik bermakna haiwan peliharaan anda mendapat diet yang lebih berkhasiat dan dipenuhi dengan nutrisi tinggi.

Makanan Lipas Dubia

Lipas Dubia melepasi proses Gutload.

Seterusnya, konsep gutloading adalah dari makanan – mangsa (prey) – pemangsa (predator) iaitu haiwan peliharaan anda 

Segala khasiat dari makanan akan pindah ke haiwan peliharaan anda. 
Dibawah adalah senarai beberapa makanan harian yang sesuai untuk lipas Dubia :-

Kering
– BDRM Roach Chow (boleh hubungi saya utk pembelian) 
– Roti 
– Oat*
– Makanan kucing/anjing*
– Palet ikan dan lain 

* boleh guna tapi jangan kerap tidak elok. Saya akan terangkan.

Basah
– Kristal Jel
– Epal 
– Oren
– Pear
– Betik
– Pishang
– Sengkuang 
– Labu
– Jagung 
– Lobak Merah (carrot) 
– Sawi dan lain2.

Justeru, anda boleh memberi apa2 jenis buah-buahan jenis tropikal. 
Kecuali yg berair seperti tembikai dan tembikai susu. Jauhkan dari timun dan kobis. 

Nota:
Oat akan membuat dubia anda mengalami masalah dihidrasi.
Manakala makanan anjing/kucing kurangkan kerana protein yg tinggi akan menukar ke urik asid. Makanan ikan jauhkan yg berwarna. 

Sumber : Wikipedia

Pilihan Makanan Lipas Dubia

Pemilihan Makanan untuk lipas dubia telah dimasak dan berminyak harus dielakkan.

Buah atau sayur jenis yang terlalu banyak air seperti Tembikai, timun, kobis harus dijauhi, kerana ia cepat basi dan mengundang kulat ke koloni (sarang).

Amaran!
Anda dilarang memberi sebarangan makanan yang telah pun basi, sisa buangan ataupun rosak.
Makanan hanya baru dan segar sahaja, bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Nisbah

Kuantiti atau nisbah yg diperlukan untuk makanan ialah 1:1, jika colony dipenuhi dgn induk dan anak dubia. Gunakan nisbah 1 makan kering 1 makanan basah.

Sekiranya keesokan makan semua habis dimaka, tambah nisbah makanan sebanyak 20% lebih banyak. Biar lebih dari kurang !

Jika semua makanan habis dalam masa kurang dari 12 jam, anda boleh mencuba teknik penambahan mengikut nisbah dibawah :

Hari pertama : 100%
Hari ke-2 : 100% + 20%
Hari ke-3 : 100% + 20% + 10%
Hari ke-4 : 100% (tukar makanan lain)

Anda harus memastikan makanan sentiasa mencukupi, biar lebih dari kurang.

Alas Makanan

Letakkan makanan lipas dubia di dalam tupperware yang telahpun siap dipotong, ia senang untuk anda cuci dan pakai semula untuk jangka masa yang pendek. 

Tupperware ialah alas makanan yang terbaik.

Lapisan permukaannya yang amat rendah, lebih senang untuk anak lipas masuk ke dalam untuk makan. 

Plastik (Plexi Glass) juga pilihan yang baik dibuat sebagai pelapik makanan. 

Nota :
  
Plexi Glass sentiasa digunakan untuk nombor pendaftaran kenderaan yang berwarna hitam.
Saiz cukup sekadar 7″ x 4″ 

Kekerapan menukar makanan

” Bilakah saya perlu menukar makanan utk dubia ? “

Sekiranya memberi makanan basah anda harus menukar setiap 12 ke 24 jam untuk mengelakkan serangan kulat di dalam koloni.

Oleh itu, makanan kering seperti Roach Chow, palet ikan dan lain-lain. Hanya tunggu ia habis dan kemudian tambah yang baru sahaja.

Kelebihan Roach Chow & Kristal jel

makanan lipas dubia
1. Kristal Jel

Kristal Jel adalah sumber air yang terbaik untuk lipas dubia.  Jel dapat membekalkan air selama 3 ke 14 hari.
Namun, ia dapat mengelakkan lipas dubia anda dari dehidrasi. 

Selain itu, anak dubia tidak akan lemas di dalam jel. 
Berbanding mangkuk air kerana jel hanya diletakkan pada permukaan yang lebih rendah. 

Namun, anda tidak perlu risau lagi tentang koloni ketika anda pulang ke kampung halaman untuk bercuti.

2. Roach Chow

Roach Chow buatan BDRM dirumuskan dari 13 ramuan campuran RAHSIA menjadi satu (1) khas untuk lipas dubia anda. 

Formula ini melengkapi segala piramid makanan lipas dubia yang pasti jika lipas dubia merasa pasti suka dan tidak akan memandang makanan yang lain.

Segala kesan sampingan yang terdapat pada palet ikan, makanan kucing dan lain-lain telahpun diatasi didalam formula Roach chow buatan kami. Ia tidak mengandungi sebarangan pengawet atau perwarna makanan.

Pihak kami memberi 6 bulan Penukaran 1:1 jika ada sebarangan kerosakan pada produk. Namun, ia dijamin 100% selamat.

Roach chow & kristal jel dijual pada harga mampu milik, anda boleh rujuk pada halaman Produk kami. 

Akhirnya,

Segalanya informasi yang dikongsikan dari pengalaman dan percubaan saya sendiri, data yang sentiasa dikemaskini untuk penambah-baikan dalam proses pembiakan lipas dubia dengan cara yang lebih baik.

Apa yang saya mahukan ialah senang dan mesra pengguna dalam istilah berkata “Simple but Effective” 

Jadi anda tidak perlu kusut kepala memikirkan lagi tentang diet lipas dubia. Segala rutin dan cara adalah cara kami di BDRM gunakan setiap hari. 


Saya harap anda dapat manfaatkan perkongsian ini. Jika anda ada sebarangan pertanyaan tentang diet lipas dubia, kami sedia membantu anda.

017-3206205 (call & sms)
017-3939983 (whatsapp)
orders@dubiaroachesmalaysia.my

Sekian, terima kasih.
Zarin Othman.

Scroll to Top