Blaptica Dubia Roaches Malaysia

Apakah itu Lipas Dubia?

Apakah itu Lipas Dubia? Lipas dubia (malaysia) ialah makanan alternatif untuk haiwan peliharaan anda.

Sesuai untuk Ikan Arowana, reptilia serta amfibia. 

Ia berasal dari Amerika Selatan. Seperti Brazil dan Argentina, habitat di dalam hutan tropika. 

Oleh itu, ramai pengiat hobi memerlukan alternatif makanan yang murah, bagi menjimatkan kos pemeliharaan setiap bulan. 

Ia mula menembus pasaran sekitar tahun 2010 di Malaysia. 

Lipas Dubia Malaysia

Lipas dubia tidak sama seperti lipas rumah. Ia tidak berbau & terbang serta mengeluarkan bunyi yang bising. Anda tidak perlu bimbang, jika terlepas di dalam rumah tidak akan merosakkan apa-apa.

Namun,
kelebihan lipas dubia ialah bebas parasit dan kandungan nutrisi lebih baik.

 ” Berbanding kepada cengkerik dan mealworm/superworm.
ia kaya dengan protein, vitamin dan zat. “

nymph 1cm dubia malaysia
Juvie Dubia Malaysia

” contoh anak lipas dubia saiz kecil dan besar “

Kandungan isikulit lebih rendah membuat Dubia senang dihadam oleh haiwan peliharaan anda.

Isi kulit Lipas Dubia lebih lembut. Senang untuk dihadam. 
Oleh itu, Kandungan protein 32% lebih tinggi berbanding serangga lain.

Nutrisi seekor lipas Dubia saiz sederhana (2.5cm – 3cm) bersamaan dengan 5 ekor cengkerik

Jangka hayat
sehingga 2 tahun, namun tidak akan rugi disebabkan mati dalam jangka masa agak pendek.

Lipas Dubia Induk Betina
Induk Jantan Lipas Dubia

” Contoh induk betina (kiri) dan jantan (kanan)  yang telah matang untuk pembiakan”

Peternakan

Seperti dikatakan diatas, saya rumuskan. Ringkat dan padat.

Lipas dubia bukan sahaja alternatif yang lebih baik, tetapi ia dapat mengurangkan kos pembelian anda di kedai dengan menternak. 

Namun, Induk betina mampu mengeluarkan ‘20 – 40 ekor anak’ dalam setiap 30 hari. Selain itu, Induk akan simpan kantung telur (ootheca) didalam badan dan “beranak” bila tiba masanya. 

Bayangkan, jika anda ada sebanyak 200 ekor induk betina ?
Anda dapat hasilkan anak dubia sekitar 1000 – 3000 ekor dalam setiap kelompok. 

Dalam masa yang sama, anda tidak perlu buat apa-apa.
Hanya asingkan induk jika kuantiti anak terlampau banyak dalam koloni.

Lipas Dubia Mengawan

Di Malaysia sangat mudah untuk menternak Lipas Dubia berbanding diluar negara. 

Oleh disebabkan, Malaysia tiada 4 musim seperti musim salji, bunga dan lain2.

Setiap tahun kami hanya ada musim panas dan hujan sahaja. Memandangkan suhu di Malaysia tidak pernah turun lebih rendah dari 27° celsius, menyenangkan proses pembiakan.

Anda hanya perlukan suhu bilik. Walaupun di waktu malam, suhu di peninsular malaysia jarang jatuh di bawah 23°C. Jika suhu di bawah 23°, induk Dubia tidak akan mengawan.

Proses pembiakan diletakkan didalam kotak storage box dan kotak telur digunakan sebagai alas habitat mereka.

Anda tidak perlu risau sebab Lipas dubia tidak menggigit, tidak terbang,
tidak panjat. 

Ia selamat untuk diletakkan didalam rumah anda.

Penjagaan

Penjagaan anak dan induk Dubia mudah untuk mendapatkan sekelompok anak dubia yang banyak didalam 1 koloni, 

 “Anda harus pastikan diet dan sarang koloni dijaga dengan baik untuk mendapatkan hasil yang banyak”

Contoh penyediaaan sarang koloni seperti ditunjukkan digambar dibawah :

Namun ia  amat mudah, sesiapa boleh memulakan sebuah koloni dengan harga mampu milik. Hanya serendah Rm35 yang dijual oleh kami. 

Kos penyediaan sekitar Rm100 
atau lebih buat kali pertama untuk penyediaan storage box dan set koloni.

Namun, kami juga ada menjual bekas ” Ready To Breed “. Sesuai untuk sesiapa ingin cepat dan mudah.

Bak pepatah susah dahulu, senang kemudian. Mungkin buat masa sekarang anda hanya mengeluarkan kos yang lebih.

Di masa hadapan, Ia akan membantu anda untuk menjimatkan kos penyediaan makanan.

Namun, anda tidak perlu keluar ke kedai untuk mencari atau membeli makanan lagi.

Pemakanan

cara letak makanan lipas Dubia

Apa yang menarik tentang lipas dubia ? Penjagaan dia amatlah mudah. Diet permakanan terbahagia kepada 2 iaitu kering dan basah.

Makanan kering seperti Roti Gandum Gardenia (plastik hijau bukan merah), Oat Sarapan Pagi, Makanan ikan koi/keli,

Atau Roach Chow Premium buatan BDRM yang diadunkan khas untuk Lipas Dubia.

Makanan Basah pula Buah oren, betik, pisang, epal, sayur sawi, jagung mentah, lobak merah.

Sumber air terbaik ialah Kristal Jel, ia penting untuk menghindari dari dihidrasi.

Elakkan dari mengguna span atau tisu lembab.  Mangkuk air anak dubia boleh jatuh didalam dan lemas.

Selain itu, span dielakkan kerana mampu enghasilkan kuman/kulat didalam span tersebut. 

Kelebihan kristal jel yang dijual oleh kami, Kristal jel tahan sehingga 7 hari selepas anda menjamukan kepada lipas dubia anda.

Anda tidak perlu bimbang lagi, Jika anda pulang ke kampung pada musim perayaan,
3Hanya tinggalkan lipas dubia anda dirumah dan nikmati cuti anda.

Bukan sahaja dapat menjimatkan wang ringgit anda, ia mudah dijaga dan anda tidak perlu rungsing lagi.

makanan Lipas Dubia

Penjagaan koloni amat senang, anda hanya menukar perlu makanan setiap 1 – 2 hari sekali sahaja. Pastikan tiada apa2 masalah dgn koloni. 

Justeru, buka koloni apabila anda ingin keluarkan dubia atau menukar makanan atau sebarang penyelenggaraan sahaja.

Penyelenggaran koloni tidak rumit, anda cuma perlu bersihkan koloni dalam masa 1 – 2 minggu buang habuk. 

Serta mengeluarkan dubia telah mati dalam koloni, mengelakkan dari kulat atau apa2 yang tidak diigini berlaku pada koloni.

Di bawahkan saya rumuskan secara ringkas apa yang anda perlukan untuk  permulaan menternak lipas dubia :

– lipas dubia.
– tong plastik 75liter
– kotak pemegang telur
– bekas makanan tupper sebagai alas makanan
– kristal gel
– makanan dubia
– tong plastik sementara untuk kerja pembersihan

Sumber dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Blaptica_dubia sebagai rujukan.

Akhirnya,

Saya, Zarin othman berasal dari petaling jaya, selangor,malaysia.

Dan juga pengasas ‘
Blaptica Dubia Roaches Malaysia’ atau  lebih dikenali sebagai BDRM.

Pada tahun 2011, saya mula menternak Lipas Dubia dan menjual pada tahun awal 2013.

Kami mula mengembang sehingga kini, lebih dari 100000 ekor lipas dubia telah pun saya jual ke seluruh Malaysia,

mahupun Brunei, Jepun, Indonesia, dan Filipina.

Saya sedia membantu dan sudi berkongsi ilmu dengan anda yang berminat. 
Jika anda berminat untuk membeli lipas, boleh rujuk harga pada bahagian ” Produk “

Atau hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :

+6017 3206 205 (Call & Sms)
+6017 3939 983 (Whatsapp sahaja)

Nota : Jika anda ingin pos tulisan saya di mana2, sila kredit semula pada saya. 

Sekian, terima kasih
Zarin Othman (Penjual Lipas Dubia)

Scroll to Top