Blaptica Dubia Roaches Malaysia

Cara penjagaan lipas dubia

Wajib baca!
Info asas tentang cara penjagaan Lipas Dubia secara ringkas dan lengkap. 

Teknik penjagaan Lipas Dubia sering ditanya oleh pelanggan kami.

Blog kali ini saya dedahkan rahsia tentang teknik penjagaan untuk memastikan koloni anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Di bawah adalah beberapa aspek yang anda perlu menjaga ;-

1. Makanan

Makanan untuk lipas dubia anda harus tukar setiap 24jam untuk makanan basah seperti Buah & Sayur.

Dan tambahkan makanan kering seperti oat, roti gandum atau anda boleh dapatkan Roach Chow buatan kami jika habis.

Cara Penjagaan Lipas Dubia

Gantikan semua makanan kering yang tidak habis selepas 7 hari. Diet makanan dubia amat penting untuk memastikan lipas dubia dapat makanan secukupnya.

Selebih anda boleh baca blog yang lepas tentang makanan lipas dubia.

2. Pengasingan Anak Lipas Dubia

Banyak mitos dikeluarkan oleh penternak lipas dubia tapi secara realiti Lipas dubia lebih cepat membesar jika disimpan dengan induknya sekali. Cara penjagaan anak tidak sama seperti koloni ada induk

Anak Lipas Dubia tidak perlu diasingkan sehingga koloni terlalu padat, lalu proses pengasingan Anak lipas dubia harus dibuat.

Jika proses perasingan perlu dibuat, anda harus buat dengan cepat menggunakan teknik 2 tong. 1 berlubang dan 1 tidak berlubang seperti gambar dibawah :-

Lipas dubia perlu diasing jika anaknya terlalu banyak dalam koloni supaya ada ruang untuk bergerak.  Saya akan jelaskan pada blog yang akan datang.

3. Jadual Penyelenggaraan Koloni

– Setiap 24 Jam, gantikan makanan basah dan periksa makanan kering sahaja tambah jika perlu

– Setiap 7 – 14 hari, bersihkan dengan mencedok habuk tahi dan buang. Gunakan berus, gosok habuk yang melekat pada bekas telur. Periksa koloni supaya tiada semut atau labah-labah di dalam bekas koloni.

– Setiap 1 bulan, cuci tong dubia gantikan bekas telur yang jika perlu.

– Setiap 3 – 6 bulan, tambah induk dubia yang baru untuk proses pembiakan yang optimum. Periksa semula koloni selepas 2 atau 3 hari jika induk yang mati dalam 5% – 20% adalah perkara biasa.

” Toughest will survived! “

Ini proses penjagaan lipas dubia yang amat penting. Setiap proses di atas yang anda buat, anda harus ulang kesemuanya sekali lagi. Biar berkali asal selamat dan berhasil.

Kami amat peka dengan penjagaan lipas dubia memastikan haiwan peliharaan pelanggan kami dapat sumber makanan yang bersih dan selamat.

4. Mencuci bekas koloni

Bekas koloni harus dicuci setiap 1 – 2 bulan sahaja. Masukkan lipas dubia anda ke bekas sementara.

Basuh bekas anda hanya dgn sabun pencuci pinggan 1 sabun : 100 air. Gosok perlahan dengan span hijau supaya daki semua keluar.

Elakkan dari peluntur atau bahan pencuci yang berbau kuat.

Teknik Penjagaan Lipas Dubia

Kemudian, jemurkan dibawah matahari yang terik sehingga kering jika anda tiada sistem pengeringan UV. Pastikan kering sebelum anda masukkan semula ke dalam bekas plastik anda.

Tips :- Cabut roda bekas plastik , mungkin ada telur agas atau habuk yg mungkin melekat di dalam.

5. Nisbah Induk

Waktu kemuncak proses perternakan dalam 1 bulan ke 15 bulan sahaja. Selepas itu, hasilnya akan menurun lalu anda harus menambah nisbah induk Jantan untuk dapatkan hasil yang optimum semula.

Lalu ini rahsia terbesar yang ramai penternak tidak tahu.
Ketika waktu puncak, setakat nisbah 4 – 5 betina untuk 1 jantan. Bukan waktu puncak 3 betina untuk 1 jantan pula.

Justeru, anda boleh tambah induk dubia lagi untuk pusingan koloni pada masa ini. Untuk gantikan lipas dubia yang mati.

Induk jantan akan mati lebih awal disebabkan jangka hayat sehingga 1 tahun sahaja. Adakala, induk jantan biar lebih dari kurang.

Saya berpegang pada prinsip menternak dubia iaitu ” Lebih itu sentiasa berkurang ” atau ” More Is Less ” ada kaitan pusingan dalam koloni.

6. Bekas telur

Bekas telur yang lembik, berlubang, atau struktur tidak kukuh harus digantikan segera. Supaya koloni anda sentiasa bersih, kemas dan nampak segar.

Bekas telur harus ditukar setiap 3 – 6 bulan atau lebih awal jika kelihatan tidak elok. Anda boleh ikat bekas telur dengan tali rafia supaya senang untuk proses penyelenggaraan.

Selain itu, bekas telur yang disusun cantik dan rapi dapat membantu pengaliran udara yang baik. Juga mengelakkan berlakunya proses pengewapan.

Anda boleh dapatkan bekas telur yang baru dari kami. Bekas telur baru bebas dari bakteria dan jauh lebih bersih. Kami dapatkan stok terus dari pembekal penjual telur ayam.

Tips :- Jika telur agas melekat terlalu banyak pada bekas telur, saya cadangkan anda tukar kepada bekas telur yang baru.

7. Perisai koloni

Masalah semut adalah perkara biasa dalam penjagaan Lipas Dubia. 

Lalu ubat paling mujarab untuk semut hanya sapukan minyak masak atau Vaselin (petroleum jelly bukan KY Jelly) pada bekas koloni lipas dubia anda.

Cara Penjagaan Lipas Dubia

Setebal 2inci pada tepi bekas sahaja. Sapu semula minyak masak selepas 4 atau 5 hari. Jauhkan racun semut, ia boleh memudaratkan koloni anda.

Selain itu, gunakan paip PVC dan mangkuk berisi air.

Bekas dubia berdiri atas paip PVC sebagai perisai askar semut yang kedua.

Saya sarankan anda gunakan teknik semulajadi atau organik sahaja sebagai ramuan penghapus semut.

8. Buffalo Beetle

Adakala anda nampak seperti agas dalam koloni? Ya betul, ia memang agas.

Agas tu tanda ada dubia telahpun mati dalam koloni. Ubatnya anda boleh beli buffalo beetle dari kami.

Buffalo beetle makan bangkai dubia sebelum ia mula busuk dalam koloni dan apa2 makanan sebelum ia berkulat.

Namun, ia dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Dengan adanya buffalo beetle, ia membantu mengurangkan masalah agas, ulat sampah, berkulat dan lain2.

Ini cara penjagaan lipas dubia yang ramai belum tahu. BB tidak mengganggu sumber makanan yang ada.

Bagaimanapun, anda perlu bersih bekas koloni secara manual juga. Untuk BB rujuk harga pada bahagian produk kami.

Akhirnya,

Inilah cara yang kami amalkan sepanjang menjual lipas dubia.

Ia menjadi sebahagian dari rutin penjagaan kami untuk memastikan produk kami sentiasa berkualiti dalam pasaran. Kami utamakan kualiti dari kuantiti.

Kongsikan blog saya kepada rakan sehobi anda supaya kita dapat manfaatkan bersama.

Bak kata seorang seniman ” Hari ini saya tolong saudari, esok lusa saudari pulak tolong saya “

Jika ada topik yang anda ingin kami tambahkan dalam blog ini, anda boleh tinggalkan pesanan melalui email atau whatsapp.

Sekiranya anda ada apa-apa soalan boleh hubungi kami untuk sebarangan pertanyaan. Kami sedia membantu anda. 

Untuk sebarang pembelian, anda boleh klik ke laman produk kami. Kami menjual segala keperluan untuk membela Lipas Dubia.

Nota : Blog ini ditulis mengikut data dan rujukan yang dibuat oleh saya sendiri. 

#kitajagakita

Scroll to Top