Apakah itu lipas dubia ? Versi bahasa malaysia

Lipas Dubia Malaysia

Apakah itu Lipas Dubia? Lipas dubia (malaysia) ialah makanan alternatif untuk ikan, reptilia serta amfibia.

Ia berasal dari Amerika Selatan seperti Brazil dan Argentina, habitat di dalam hutan tropika.

Ia mula menembus pasaran sekitar tahun 2010 di Malaysia,

Ramai pengiat hobi memerlukan alternatif makanan yang murah,
Bagi menjimatkan kos pemeliharaan setiap bulan.

Lipas dubia tidak sama seperti lipas rumah yang busuk dan menakut boleh terbang jika anda cuba membunuhnya.

Namun, kelebihan lipas dubia ialah bebas parasit dan kandungan nutrisi lebih baik.

‘Berbanding kepada cengkerik dan mealworm/superworm.
ia kaya dengan protein, vitamin dan zat.’

 

Anak Lipas Dubia

Kandungan isikulit lebih rendah membuat Dubia senang dihadam oleh haiwan peliharaan anda.

Oleh itu, Kandungan protein 32% lebih tinggi berbanding serangga lain.

Nutrisi seekor lipas Dubia saiz sederhana (2.5cm – 3cm) ‘bersamaan dengan 5 ekor cengkerik.’

Jangka hayat ‘sehingga 2 tahun’, namun tidak akan rugi disebabkan mati dalam jangka masa agak pendek.

"Di bawah ialah contoh induk Jantan dan Betina"

Blaptica Dubia Roaches Malaysia

Induk betina  

Dubia Roaches Malaysia

Induk jantan

Peternakan

Seperti dikatakan diatas,

Lipas dubia bukan sahaja alternatif yang lebih baik,
Tetapi ia dapat mengurangkan kos pembelian anda di kedai dengan menternak.

Induk betina mampu mengeluarkan ‘20 – 40 ekor anak’ dalam setiap 30 hari. Selain itu, Induk akan simpan kantung telur (ootheca) didalam badan dan beranak bila tiba masanya. 

Bayangkan jika anda ada sebanyak 200 ekor induk betina ?
Anda dapat hasilkan anak dubia sekitar 1000 – 3000 ekor dalam setiap kelompok.

Lipas Dubia Mengawan

Di Malaysia sangat mudah untuk menternak Lipas Dubia berbanding diluar negara

Disebabkan di negara kami tiada 4 musim seperti musim salji, bunga dan lain2, setiap tahun kami hanya ada musim panas dan hujan sahaja.

Memandangkan suhu di malaysia sentiasa stabil tidak pernah turun lebih rendah dari 27° celsius, lebih menyenangkan proses pembiakan.

Anda tidak perlu menggunakan apa2 jenis alat pemanasan seperti diluar negara, setakat ‘hanya suhu bilik sudah memadai’.

Walaupun di waktu malam, suhu di peninsular malaysia jarang jatuh di bawah 23°C. Jika suhu di bawah 23°, induk Dubia tidak akan mengawan.

Proses pembiakan diletakkan didalam kotak storage box dan kotak telur digunakan sebagai alas habitat mereka,

Anda tidak perlu risau sebab Lipas dubia tidak menggigit, tidak terbang, tidak panjat.

Ia selamat untuk diletakkan didalam rumah anda.

Penjagaan

Penjagaan anak dan induk Dubia sangat mudah untuk mendapatkan sekelompok anak dubia yang banyak didalam 1 koloni, 

 “Anda haruskan pastikan diet dan sarang koloni dijaga dengan baik untuk mendapatkan hasil yang banyak”

Contoh penyediaaan sarang koloni seperti ditunjukkan digambar dibawah :

sarang Lipas Dubia

Namun ia  nampak mudah,

Sesiapa boleh memulakan sebuah koloni dengan harga mampu milik serendah Rm35 yang dijual oleh kami.

Kos penyediaan sekitar Rm100 atau lebih buat kali pertama untuk penyediaan storage box dan saiz kuantiti koloni yang anda beli dari kami.

Bak pepatah susah dahulu, senang kemudian.

Mungkin buat masa sekarang anda hanya mengeluarkan kos yang lebih.

Di masa hadapan pula ia akan membantu anda untuk menjimatkan kos penyediaan makanan haiwan kesayangan.

Namun, anda tidak perlu keluar ke kedai untuk mencari atau membeli makanan lagi.

Pemakanan

cara letak makanan lipas Dubia

Apa yang menarik tentang lipas dubia ?

Penjagaan dia amatlah mudah. Diet permakanan terbahagia kepada 2 iaitu kering dan basah.

Makanan kering seperti Roti Gandum Gardenia (plastik hijau bukan hitam), Oat Sarapan Pagi, Makanan ikan koi/keli, atau Roach Chow Premium buatan BDRM yang diadunkan khas untuk Lipas Dubia.

Makanan Basah pula Buah oren, betik, pisang, epal, sayur sawi, jagung mentah, lobak merah.

Sumber air terbaik ialah Kristal Jel, ia penting untuk mengelak dari dihidrasi. Elakkan dari mengguna span atau tisu lembab.

Mangkuk air anak dubia boleh jatuh didalam dan lemas. Selain itu, span dielakkan kerana boleh menghasilkan kuman/kulat didalam span tersebut.

Kelebihan kristal jel yang dijual oleh kami, kristal jel tahan sehingga 7 hari selepas anda menjamukan kepada lipas dubia anda.

Anda tidak perlu bimbang lagi, jika anda pulang ke kampung pada musim perayaan dan boleh tinggalkan lipas dubia anda dirumah.

Bukan sahaja dapat menjimatkan wang ringgit anda, ia mudah dijaga dan anda tidak perlu rungsing lagi.

makanan Lipas Dubia

‘Penjagaan koloni amat senang, anda hanya menukar perlu makanan setiap 1 – 2 hari sekali sahaja dan pastikan tiada apa2 masalah dgn koloni’

Buka koloni apabila anda ingin keluarkan dubia untuk diberi makan kepada haiwan peliharaan.

Penyelenggaran koloni tidak rumit, anda cuma perlu bersihkan koloni dalam masa 1 – 2 minggu buang habuk

Serta mengeluarkan dubia telah mati dalam koloni,
Untuk mengelakkan dari kulat atau apa2 yang tidak diigini berlaku pada koloni.

Di bawahkan saya rumuskan secara ringkas apa yang anda perlukan untuk menternak lipas dubia

– lipas dubia.
– tong plastik 7liter
– kotak pemegang telur
– bekas makanan tupper sebagai alas makanan
– kristal gel
– makanan dubia
– tong plastik sementara untuk kerja pembersihan

Sumber dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Blaptica_dubia sebagai rujukan .

Akhirnya,

Saya, Zarin othman berasal dari petaling jaya, selangor,malaysia.

Dan juga pengasas ‘Blaptica Dubia Roaches Malaysia’ atau dikenali sebagai BDRM.

Pada tahun 2011, saya mula menternak Lipas Dubia mula menjual pada tahun 2013.

Kami mula mengembang sehingga kini,
lebih dari 100000 ekor lipas dubia telah pun saya jual ke seluruh Malaysia mahupun Brunei.

Saya sedia membantu dan sudi berkongsi ilmu dengan anda yang berminat.

Jika anda berminat untuk membeli lipas, boleh rujuk harga pada bahagian Produk.

Atau hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :

+6017- 3206 205
+6017-3939 983 (Whatsapp sahaja)

Nota : Jika anda ingin pos tulisan saya di mana2, sila kredit semula pada saya. 

Sekian, terima kasih
Zarin Othman (Penjual Lipas Dubia)

Scroll to Top