BDRM & Exabytes WordPress Hosting

Blog kali ni bukan tentang lipas dubia tapi sebuah cerita perubahan dalam perniagaan kami. Laman Muka Buku Dubia Roaches Malaysia dimulakan sekitar tahun 2011 telahpun menjadi sumber pendapatan saya sehingga kini.

Namun pada Mac 2019, kami semua dikejutkan dengan 1 perubahan terma dan syarat baru Muka Buku iaitu tidak membenarkan jualan haiwan di laman sosial tersebut.

Banyak group haiwan eksotik dinyahaktif oleh pihak Muka Buku. Jadi saya mengambil 1 inisiatif dengan mewujudkan laman web DubiaRoachesMalaysia.my

la menjadi sebuah bidang terjun untuk diri saya. Dari zero kepada hero, hanya dengan bantuan youtube dan beberapa rakan dari group WordPress.

Dibawah ialah rujukan video youtube yang saya gunakan, dalam tempoh saya belajar tentang laman web selama seminggu sahaja.

Apakah itu wordpress?

WordPress ialah sebuah platform laman web jenis CMS dan open source. Hampir 35% laman web di dunia dibuat melalui Wordpress.

Tanpa memerlulan sebarang ilmu koding
, cukup sekadar tarik dan lepas sahaja. Ia sangat user friendly dan semudah ABC

Barang asas sebuah laman web ialah hosting dan domainDomain ibarat alamat kedai dan hosting ialah tapak anda untuk meniaga. Kini tapak anda, suara anda.

Bila anda ada sebuah laman web, anda melebarkan sayap keseluruh dunia. Jika Muka Buku hanya dalam Muka Buku, tetapi web keseluruh dunia.

Exabyte WordPress Hosting Plan

Laman web BDRM dikuasakan oleh Exabytes sebuah syarikat hosting terkenal di Malaysia.
Kini ia hadir dengan pakej Exabytes WordPress hosting, khas untuk pengguna WordPress.

Pakej hosting Exabytes dikuasakan dengan LiteSpeed Cache dan storan SSD untuk sebuah laman web yang pantas dan memudahkan laman web dijumpa oleh enjin pencarian google.

Selain itu, pihak Exabytes memastikan semua keperluan untuk membina sebuah laman web dipasang terlebih dahulu bagi memudahkan pengguna baru.

Namun, sokongan 24 jam sehari dan sistem backup setiap hari.

Mereka juga membekalkan sistem keselamatan Security360, Automatic Malware Scan & Websites Fix, WordPress security scan dan sistem sekuriti lain secara percuma dalam pakej hosting ini.

Pakej Hosting Exabytes

Pakej hosting mereka diberi 1 nama domain pilihan anda secara percuma. contohnya nama anda.com . Ia sebuah pakej yang serba lengkap untuk pengguna baru.

Dengan sekurang-kurangnya storan 30gb anda mampu memuat naik banyak gambar dan konten anda sendiri.

Khidmat pengurusan website anda secara percuma. Server litespeed berkelajuan tinggi kebolehan untuk mencapai lebih ramai pelanggan lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga diberi email atas nama domain anda seperti ORDERS@DUBIAROACHESMALAYSIA.MY

la akan membuat perniagaan anda nampak lebih profesional di mata pelanggan anda.

Pakej yang ditawarkan mampu milik serendah Rm9.99 sebulan. Mereka juga ada beberapa pakej seperti tertera dibawah :

PENGALAMAN KAMI bERKERJASAMA DENGAN EXABYTES

Bagi anda yang newbie yang belajar sendiri seperti saya, mereka sedia untuk membantu anda dalam apa situasi sekali pon.

Bermakna ia mesra pengguna. Proses pembelian hanya mengambil masa sekitar 15 min sahaja. 

Malahan, segala proses pemasangan telah siap dibuat oleh pihak Exabytes. Urusan kami dengan Exabytes semua dengan berjalan lancar dan pantas.

Saya mengambil masa hanya 2-4 minggu untuk menyiapkan laman web BDRM. Khidmat pelanggan mereka membalas sangat pantas bagi jika saya menghadapi seberang masalah.

Dengan Exabyte, saya hanya menghabiskan sekitar Rm500 sahaja untuk hosting dan domain
Setakat ini kami sangat puas hati dengan khidmat mereka.

AKHIR kATA,

Kini 2021, kita jangan lagi berharap pada muka buku sahaja. Anda mungkin memerlukan sebuah platform suara sendiri sebagai pilihan seterusnya. 

Jika anda memerlukan bantuan untuk membuat laman web WordPress, saya sedia memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada anda yang baru ingin menceburi bidang laman web seperti saya. Jika saya boleh, anda pun boleh

Harap penjelasan saya membantu anda untuk memahami tentang laman web. Anda boleh melihat pakej exabyte hosting di sini

Ubah mindset dan cara anda menjalankan bisnes ke arah digital!

Scroll to Top